Perut Mengeras sewaktu hamil
Bagi
wanita yang hamil anak pertama, pelbagai kerisauan yang datang
terutamanya apabila terasa perubahan pada badan. salah satu yang paling
dirisaukan apabila perut mengeras.
Keadaan ini berlaku apabila
otot-otot rahim mula menegang, kulit tertarik dan meregang dan perut
keras seperti batu. Keadaan ini akan berlaku dalam tempoh trimester
terakhir dan biasanya mengambil masa dalam 30 saat ke 2 minit.
Sekiranya keadaan ini berlaku sebelum minggu
36, keadaan ini dinamakan Braxton Hicks. keadaan ini tidak berbahaya,
namun masih memerlukan pemerhatian terutamanya jika terdapat pendarahan
atau keluar cecair dari faraj.
Tanda2 Braxton Hicks:
1) tidak kerap, kadang2 tidak berulang2
2) kadar kuat rasa mengeras tidak sama. kadang2 kuat, kadang2 perlahan
3) tempoh mengeras adalah pendek, 30 saat ke 2 minit
Punca2 berlakunya Braxton Hicks:
1) Jangkitan pada pundi kencing
2) keputihan
3) Bayi atau anda terlalu aktif (anda atau bayi kepenatan)
4) dehidrasi
5) angin dalam badan
Cara mengurangkan Braxton Hicks:
1) banyakkan berehat, kurangkan naik turun tangga dan berjalan
2) minum banyak air masak
3) tukar posisi kedudukan. jika sedang berdiri, duduk. jika sedang duduk baring
4) Mandi air suam
5) ubah teknik pernafasan.. bernafas dalam2 dan hembus perlahan2
Namun, jika anda mengalami keadaan ini sewaktu minggu 36 ke atas, sila bertemu dengan Dr untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga bermanafaat!
Wednesday, 6 August 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)