Tuesday, 21 January 2014

Kurang Bersenam Antara Punca Diabetes


Diabetes ialah keadaan paras gula dalam darah tinggi, ini kerana kekurangan insulin@ fungsinya terjejas ataupun kedua duanya sekali...

Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal kandungan gula (glukosa) dlm darah kita.

Makanan yang kita makan akan ditukar kepada gula (glukosa), gula ini akan diserap ke dalam darah...Insulin akan menggunakan gula ini menjadi tenaga....Jika berlaku kekurangan insulin @ fungsinya terjejas,paras gula dalam darah akan bertambah..maka ini menyebabkan penyakit diabetes


Diabetes ada 2 jenis

1. DIABETES TAHAP 1 (bergantung pada insulin)
Selalunya terjadi pada kanak2@remaja,..kurang insulin boleh dikawal dengan suntikan insulin,kawalan pemakanan dan senaman. Sejarah keluarga ada penyakit diabetes berisiko besar mendapat jenis ini


2. DIABETES TAHAP 2 (tidak bergantung pada insulin)
 Berlaku pada orang dewasa berumur lingkungan 40 tahun ke atas dan juga sesiapa yang mempunyai berat badan berlebihan.Biasanya boleh dikawal dengan kawalan pemakanan,senaman dan ubat ubatan..mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi diabetes juga berisiko besar terhadap penyakit ini


SIAPA YANG BERISIKO DAPAT DIABETES?

Berat badan berlebihan
Tidak aktif secara fizikal (kurang bersenam)
Mengamalkan pemakanan tidak sihat (tinggi lemak,gula,kurang serat)
Sejarah keluarga yang menghidapi diabetes
Fakto2 lain ( bangsa,ubat ubatan seperti steroid)


GEJALA

Kerap kencing
Berasa dahaga selalu
Kehilangan berat badan mendadak
Letih dan lesu
Mudah terkena jangkitan kulit
Luka lambat sembuh
Gatal gatal (terutama bahagian kemaluan)


KOMPLIKASI DIABETES

Tisu mati,kudis menular menyebabkan kaki terpaksa dipotong
Masalh mata (kebutaan,katarak,glaukoma)
Kerosakan buah pinggang
Serangan jantung
Tekanan darah tinggi
Angin ahmar
Koma
Penyakit saraf
Masalah organ pembiakan


TIPS MENGAWAL DIABETES

*Makan secara sihat
  • Makan pelbagai makanan dengan kombinasi makanan yang membekalkan tenaga,protein,vitamin,zat galian
  • Elak makanan berlemak dan pilihlah makanan rendah lemak
  • Makan lebih sayuran,kekacang,buahan dan bijirin
  • Makan dengan kerap tetapi sedikit
  • Makan mengikut umur dan aktiviti fizikal anda
*Makan ubat mengikut arahan doktor
*Kekalkan berat badan Ideal
*Selalu bersenam
*Elakkan jangkitan kuman pada luka


KLIK SET DIABETES SHAKLEE Bagi sesiapa yang ingin mencuba produk Shaklee!!

1 comments:

  1. Mr. Gambling Hall, St. Charles (MD): A Casino For
    The casino 안동 출장마사지 was built to 대전광역 출장샵 offer gaming services, and 과천 출장마사지 it was designed to 원주 출장안마 cater to American players. It was designed to serve 부천 출장안마 as a'miami'

    ReplyDelete

Anda Juga Mungkin Meminati