Tuesday, 14 January 2014

Keistimewaan Sayur Kangkong


Kangkung merupakan salah satu tanaman sayuran yang paling popular dikalangan masyarakat Malaysia. Nama scientifik kangkung ialah Ipomoea Aqatica. Kangkung dikatakan  berasal dari India, kemudian merebak ke Malaysia, Myanmar, Indonesia, China Selatan, Australia, dan Afrika. 

Kangkung merupakan tanaman yang tumbuh cepat dan akan  memberikan hasil  dalam masa 4 hingga 6 minggu dan ia boleh tumbuh dengan panjang 30 hingga 50 cm. Kangkung ada dua jenis, iaitu Kangkung Darat yang disebut Kangkung China, dan Kangkung Air yang tumbuh secara semulajadi di sawah, paya, atau parit. Harganya yang murah, mudah tumbuh, cepat tuai, mudah cara mendapatkannya menyebabkan ia merupakan antara sayuran kegemaran ramai. Oleh kerana itulah, alangkah lebih baik jika kita juga mengetahui manfaat sayur kangkung ini untuk kesihatan kita




Khasiat pemakanan dan manfaat kesihatan sayur kangkung:

Kangkung mengandungi zat seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, protein, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, dan sitosterol. Kangkung juga bertindak sebagai indikator untuk merawat pelbagai masalah kesihatan yang bersifat antiracun.

Herminia de Guzman Ladion adalah pakar kesihatan dari Filipina, dan beliau menyifatkan kangkung sebagai tanaman "penyembuh ajaib". Di negara itu, tanaman ini dipakai untuk menyembuhkan sembelit dan makanan bagi mereka yang sedang melakukan diet. Akar kangkung, terutama kangkung darat, juga berguna untuk mengubati penyakit buasir.


Pada laman Healtstore, Kangkung disebutkan mempunyai khasiat sebagai ubat tradisional antipenuaan, dan antiparkinson. Kangkung yang bersifat antiracun, juga boleh untuk merawat antiradang, melancarkan pembuangan air kecil dan juga dapat menghentikan pendarahan.

Kangkung juga termasuk sebagai sayuran tinggi serat, sehingga kangkung boleh digunakan untuk mencegah sembelit. Kerana sifatnya yang antiracun, kangkung juga Juga boleh mengatasi keracunan makanan. Daun dan akar kangkung boleh mengurangkan sakit bisul dan ubat untuk rawatan tradisional buasir. Di Thailand, Kangkung digunakan sebagai bahan tradisional untuk rawatan kulit. Air rendaman kangkung juga digunakan untuk merawat kelemumur.
 
Kaya dengan zat besi

Zat besi sangat penting untuk tubuh kita, peranannya dalam membentuk sel darah merah. Pening, sesak nafas dan pandangan menjadi kabur adalah ciri awal anemia kerana kekurangan zat besi.


Mengurangkan haid berlebihan

Jika anda mengalami haid berlebihan, amalkan tips ini.  Caranya : Ambil setengah kilogram daun Kangkung segar. Cuci bersih, lalu tumbuk halus. Tuangkan air setengah gelas, tapis dan tuangkan satu sudu madu. Minum sekali sehari ,dengan izin Allah  haid akan jadi baik dan lancar.


Mencegah penyakit kencing manis

Ekstrak Kangkung sudah diuji di makmal, dan hasilnya ternyata Ekstrak Kangkung berguna sebagai ubat anti diabetes. Hal ini kerana Ekstrak Kangkung akan menghalang penyerapan kadar gula dalam darah. Jadikan hidangan masakan bersumberkan kangkung sebagai makanan harian anda!

Kaya vitamin C

Kangkung juga banyak mengandung vitamin C dan lebih banyak berbanding kebanyakan sumber vitamin C pada buah - buahan. Oleh kerana itu, kangkung baik untuk mencegah gusi berdarah, meningkatkan sistem imunisasi tubuh

Kaya Vitamin B kompleks

Kangkung kaya dengan vitamin B kompleks, sehingga boleh memberi ketenangan kepada minda kita. Kadar vitamin B komplek dan Omega 3 dalam kangkung mampu meningkatkan  pengeluaran Serotin dalam otak kita, sehingga boleh mencipta suasana tenang melalui otak. Oleh kerana itu, kangkung boleh dikatakan mampu menyegarkan kembali otak kita setelah seharian menghadapi kesibukan


Tidur lebih nyenyak dan mencegah insomnia

Kangkung, mempunyai sifat sedatif, sehingga sering dikatakan sebagai penyebab kita berasa mengantuk. Kangkung Juga berpotensi boleh mengendurkan saraf kerana adanya mineral selenium yang terkandung di dalamnya. Pengambilan kangkung dalam makanan membuatkan  saraf jadi kendur. Semakin kendur saraf - saraf kita, maka tidur pun akan semakin nyenyak dan lena. 


Menajamkan penglihatan


Kangkung kaya akan vitamin A, sehingga Kangkung boleh menjaga kestabilan penglihatan mata. Vitamin A yang terdapat pada kangkung sebanyak 6300 IU, sedikit lebih banyak berbanding bayam yang hanya 6100 IU. Hal tersebut dapat dilihat dari warna daunnya, semakin hijau daunnya maka kandungan betakarotin juga semakin tinggi. Itulah sebabnya Kangkung dipercayai boleh menambah menajamkan pengklihatan mata.


Menghilangkan kelemumur

Ambillah seikat daun Kangkung. Rendam daun ini semalaman hingga airnya berwarna kebiruan. Lalu, mencuci rambut dengan air rendaman tadi. Lakukan setiap hari, nescaya kelemumur akan hilang.


Menghilangkan sembelit ibu hamil

Bagi para ibu sedang hamil, biasanya merasa mual dan menderita sembelit. Maka ambillah seikat daun Kangkung. Ditumis biasa dan hidangkan sebagai diet harian . Kandungan serat yang tinggi pada kangkung akan menghilangkan rasa mual dan sembelit pada ibu hamil.

0 comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati