2.Membuat Keputusan
Apa yang Perlu Anda Tahu & Lakukan
Apabila anda sudah membuat keputusan untuk menyusukan bayi, dapatkanlah semua maklumat tentang penyusuan susu ibu.
Lapangkan minda
Penyusuan susu ibu melibatkan psikologi dan juga fizikal. Berikut adalah beberapa tip persediaan untuk menjayakan penyusuan susu ibu:
• Amalkan sikap yang positif dan yakin bahawa anda boleh dan akan berjaya.
• Rancang berapa lama anda mahu menyusukan bayi.
• Bercakap dengan suami dan jika boleh, hadiri ceramah penyusuan susu ibu atau kelas antenatal di mana penyusuan diajar bersama-sama.
• Libatkan diri anda dengan orang-orang yang menyokong penyusuan susu ibu. Jangan tawar hati dengan komenkomen negatif daripada mereka yang kurang memahami atau mempunyai tanggapan yang salah berkenaan penyusuan susu ibu.
Salah Faham Tentang Penyusuan Susu Ibu
“Saya tidak mahu payudara yang kendur!”
Yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.
“Penyusuan susu ibu menyusahkan.”
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. Tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos!
“Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?”
Penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu
dipelajari. Dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.
“Menyusukan bayi? Jangan haraplah.
Tidakkah ia menyakitkan?” Hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. Akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul.
“Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!”
Wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payudara
dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara.
“Kenapa perlu susukan bayi sedangkan saya akan kembali bekerja?”
Ada cara untuk menggabungkan penyusuan dengan kerja. Ia mudah, memuaskan hati dan berbeza daripada apa yang anda fikirkan. Ia praktikal!
Buat perancangan
Maklumkan kepada suami dan ahli keluarga tentang keputusan anda untuk menyusukan bayi:
• Minta supaya bayi tidak diberikan air atau susu formula kecuali atas sebab perubatan.
• Bayi tidak sepatutnya diberikan puting kosong kerana ini boleh menyebabkannya keliru puting dan tidak mahu menyusu dari payudara ibu.
Anda juga perlu memaklumkan kumpulan penjagaan kesihatan:
• Pastikan mereka tahu yang anda mahu menyusukan bayi sejurus selepas selamat melahirkan bayi.
• Minta bayi tinggal sebilik dengan anda di hospital supaya anda boleh berada bersamanya dan menyusukannya apabila dia lapar.
Ketahui Bila Anda Boleh dan Tidak Boleh Menyusukan Bayi
TERUSKAN penyusuan susu ibu walaupun anda:
• mengalami demam selsema, selsema atau jangkitan bakteria. Apabila anda tidak sihat, tubuh anda
menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi menerusi susu. Jika anda berhenti
menyusukannya, anda sebenarnya mengurangkan perlindungan bayi!
• sedang mengambil ubat-ubatan, suplemen pemakanan atau sediaan herba. Akan tetapi,
semaklah dengan doktor terlebih dahulu.
Ubat-ubatan yang selamat untuk diambil dalam tempoh penyusuan
• Analgesik (seperti parasetamol, ibuprofen, aspirin dan sebagainya)
• Kebanyakan antibiotik
• Antihistamin
• Antasid
• Ubat-ubatan asma
• Ubat-ubatan berasaskan steroid (seperti krim kulit)
• Suplemen pemakanan
BERHENTI menyusukan bayi buat sementara waktu jika anda:
• mengalami abses payudara atau penyakit yang serius.
• menjalani pembedahan yang besar atau mengalami jangkitan yang serius.
• mengalami tuberkulosis – tunggu sehingga doktor mengesahkan anda tidak lagi berjangkit.
• mempunyai lesi herpes yang aktif pada payudara.
JANGAN menyusukan bayi jika anda:
• mempunyai hepatitis C.
• positif HIV.
• sedang mengambil ubat anti-barah.
• sedang mengambil ubat-ubatan radioaktif (seperti iodin).
Tuesday, 16 December 2014
Sunday, 14 December 2014
Penyusuan Susu Ibu Secara Mudah & Panduan Praktikal Untuk Ibu Moden
Makanan, kasih sayang dan perlindungan
Penyusuan
susu ibu dapat memenuhi kesemua keperluannya
1.Makanan
Sempurna Bayi
Pemakanan Lengkap,
Perlindungan Unggul
Susu ibu mengandungi semua nutrient dalam jumlah yang
tepat untuk memenuhi keperluan bayi. Anda tidak perlu memberinya makanan lain
termasuklah air kosong. Perhatikan bayi anda membesar untuk tempoh enam bulan
pertama kehidupannya.
Berubah mengikut keperluan bayi yang membesar
Komposisi nutrien susu ibu bertukar-tukar untuk memenuhi keperluan bayi yang membesar.
• Cecair kuning: Kolostrum
Dalam beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan, payudara anda akan menghasilkan kolostrum, sejeniscecair pekat yang berwarna kuning. Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi. Jumlah kolostrum yang dihasilkan mungkin sedikit tetapi ia sangat kaya dengan nutrien dan faktor imun yang akan melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
• Susu matang
Susu matang akan dihasilkan tiga atau empat hari selepas bersalin. Jumlahnya banyak dan kelihatan agak cair.
• Waktu penyusuan
Komposisi susu ibu turut berubah sewaktu bayi menyusu. Kandungan lemak meningkat pada penghujung sesuatu masa penyusuan. Susu akhir ini membuat bayi rasa kenyang dan berhenti menghisap. Ini adalah cara bayi belajar mengawal seleranya.
Menggalakkan penghadaman dan penyerapan
nutrien dengan lebih baik
Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan:
• Enzim penghadam lemak membantu penghadaman dan penyerapan lemak
• Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap kebanyakan zat besi di dalam susu ibu
• Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain
• Enzim penghadam lemak membantu penghadaman dan penyerapan lemak
• Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap kebanyakan zat besi di dalam susu ibu
• Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain
Melindungi bayi daripada penyakit
Kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif selama 6 bulan kurang dijangkiti penyakit dalam tempoh 12 bulan pertama usianya. Susu ibu mengandungi nutrien dan bahan-bahan yang melindungi bayi daripada penyakit berjangkit khususnya cirit-birit, selesema, bronkoliotis dan jangkitan telinga tengah.
Makanan untuk perkembangan otak
Susu ibu mengandungi asid lemak perlu seperti asid alfalinolenik (ALA) dan asid linoleik (LA). Kedua-dua asid ini diperlukan untuk menghasilkan asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid arakidonik (AA) yang penting untuk pembesaran dan pertumbuhan janin dan bayi, terutamanya untuk pertumbuhan otak dan perangsangan visual yang berkualiti. Perkembangan otak yang sempurna dalam tahun pertama usia bayi akan menyediakan asas kepada keupayaan pembelajarannya pada masa depan.
Mengurangkan kemungkinan mengalami alergi
Kebanyakan simptom alergik yang dikaitkan dengan pengambilan susu formula lazimnya berpunca daripada tindakbalas bertentangan imun bayi terhadap protein susu lembu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami simptom-simptom alergik seperti kolik, muntah, cirit-birit atau najis berdarah, malresapan, ekzema, rinitis alergik dan asma bronkiol.
Pengikat kasih
Bayi perlu mendengar degupan jantung anda, merasai kehangatan tubuh anda dan berada rapat dengan anda.Kesemua ini adalah sama pentingnya dengan keperluannya terhadap makanan. Tiada aktiviti lain yang dapat memenuhi semua keperluan ini selengkap dan sehebat penyusuan susu ibu.
Faedah Kepada Ibu
Kembali kepada bentuk badan asal
Penyusuan susu ibu membantu anda membakar lemak yang tersimpan sewaktu hamil. Penurunan berat badan lebih berjaya jika ibu turut mengamalkan senaman yang betul.
Mengecutkan rahim
Penyusuan susu ibu akan merembeskan hormone hormon yang bertindak ke atas uterus (rahim), menyebabkannya mengecut dan kembali kepada saiz asal dengan lebih cepat. Pengecutan ini juga menghalang pendarahan berlebihan selepas bersalin.
Melindungi kesihatan
Penyusuan susu ibu melindungi ibu daripada penyakit barah payudara dan barah ovari dan mengurangkan kemungkinan mendapat osteoporosis dan penyakit jantung.
Menjarakkan kehamilan
Penyusuan susu ibu melambatkan kedatangan haid dan ini boleh membantu ibu menjarakkan kehamilan secara semulajadi.
Mudah
Penyusuan susu ibu selesa, boleh diberikan kepada bayi di mana-mana sahaja ibu berada, pada bila-bila masa dan adalah percuma!
Subscribe to:
Posts (Atom)