Tuesday, 16 December 2014

2.Membuat Keputusan
   Apa yang Perlu Anda Tahu & Lakukan


Apabila anda sudah membuat keputusan untuk menyusukan bayi, dapatkanlah semua maklumat tentang penyusuan susu ibu.

Lapangkan minda
Penyusuan susu ibu melibatkan psikologi dan juga fizikal. Berikut adalah beberapa tip persediaan untuk menjayakan penyusuan susu ibu:

• Amalkan sikap yang positif dan yakin bahawa anda boleh dan akan berjaya.
• Rancang berapa lama anda mahu menyusukan bayi.
• Bercakap dengan suami dan jika boleh, hadiri ceramah penyusuan susu ibu atau kelas antenatal di  mana penyusuan diajar bersama-sama.
• Libatkan diri anda dengan orang-orang yang menyokong penyusuan susu ibu. Jangan tawar hati dengan komenkomen negatif daripada mereka yang kurang memahami atau mempunyai tanggapan yang salah berkenaan penyusuan susu ibu.

Salah Faham Tentang Penyusuan Susu Ibu

“Saya tidak mahu payudara yang kendur!”
Yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan.”
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. Tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos!

“Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?”
Penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu
dipelajari. Dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.

“Menyusukan bayi? Jangan haraplah.
Tidakkah ia menyakitkan?” Hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. Akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul.

“Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!”
Wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payudara
dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara.

“Kenapa perlu susukan bayi sedangkan saya akan kembali bekerja?”
Ada cara untuk menggabungkan penyusuan dengan kerja. Ia mudah, memuaskan hati dan berbeza daripada apa yang anda fikirkan. Ia praktikal!

Buat perancangan
Maklumkan kepada suami dan ahli keluarga tentang keputusan anda untuk menyusukan bayi:
• Minta supaya bayi tidak diberikan air atau susu formula kecuali atas sebab perubatan.
• Bayi tidak sepatutnya diberikan puting kosong kerana ini boleh menyebabkannya keliru puting dan tidak mahu menyusu dari payudara ibu.

Anda juga perlu memaklumkan kumpulan penjagaan kesihatan:
• Pastikan mereka tahu yang anda mahu menyusukan bayi sejurus selepas selamat melahirkan bayi.
• Minta bayi tinggal sebilik dengan anda di hospital supaya anda boleh berada bersamanya dan menyusukannya apabila dia lapar.


Ketahui Bila Anda Boleh dan Tidak Boleh Menyusukan Bayi

 TERUSKAN penyusuan susu ibu walaupun anda:

• mengalami demam selsema, selsema atau jangkitan bakteria. Apabila anda tidak sihat, tubuh anda
menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi menerusi susu. Jika anda berhenti
menyusukannya, anda sebenarnya mengurangkan perlindungan bayi!
• sedang mengambil ubat-ubatan, suplemen pemakanan atau sediaan herba. Akan tetapi,
semaklah dengan doktor terlebih dahulu.


Ubat-ubatan yang selamat untuk diambil dalam tempoh penyusuan
• Analgesik (seperti parasetamol, ibuprofen, aspirin dan sebagainya)
• Kebanyakan antibiotik
• Antihistamin
• Antasid
• Ubat-ubatan asma
• Ubat-ubatan berasaskan steroid (seperti krim kulit)
• Suplemen pemakanan

BERHENTI menyusukan bayi buat sementara waktu jika anda:
• mengalami abses payudara atau penyakit yang serius.
• menjalani pembedahan yang besar atau mengalami jangkitan yang serius.
• mengalami tuberkulosis – tunggu sehingga doktor mengesahkan anda tidak lagi berjangkit.
• mempunyai lesi herpes yang aktif pada payudara.

JANGAN menyusukan bayi jika anda:
• mempunyai hepatitis C.
• positif HIV.
• sedang mengambil ubat anti-barah.
• sedang mengambil ubat-ubatan radioaktif (seperti iodin).

Sunday, 14 December 2014

Penyusuan Susu Ibu Secara Mudah & Panduan Praktikal Untuk Ibu Moden



Makanan, kasih sayang dan perlindungan

Penyusuan susu ibu dapat memenuhi kesemua keperluannya

1.Makanan Sempurna Bayi
Pemakanan Lengkap, Perlindungan Unggul

Susu ibu mengandungi semua nutrient dalam jumlah yang tepat untuk memenuhi keperluan bayi. Anda tidak perlu memberinya makanan lain termasuklah air kosong. Perhatikan bayi anda membesar untuk tempoh enam bulan pertama kehidupannya.


Berubah mengikut keperluan bayi yang membesar
Komposisi nutrien susu ibu bertukar-tukar untuk memenuhi keperluan bayi yang membesar.

Cecair kuning: Kolostrum
Dalam beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan, payudara anda akan menghasilkan kolostrum, sejeniscecair pekat yang berwarna kuning. Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi. Jumlah kolostrum yang dihasilkan mungkin sedikit tetapi ia sangat kaya dengan nutrien dan faktor imun yang akan melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.

Susu matang
Susu matang akan dihasilkan tiga atau empat hari selepas bersalin. Jumlahnya banyak dan kelihatan agak cair.

Waktu penyusuan
Komposisi susu ibu turut berubah sewaktu bayi menyusu. Kandungan lemak meningkat pada penghujung sesuatu masa penyusuan. Susu akhir ini membuat bayi rasa kenyang dan berhenti menghisap. Ini adalah cara bayi belajar mengawal seleranya.

Menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien dengan lebih baik
Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan:
• Enzim penghadam lemak membantu penghadaman dan penyerapan lemak
• Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap kebanyakan zat besi di dalam susu ibu
• Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain

Melindungi bayi daripada penyakit
Kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif selama 6 bulan kurang dijangkiti penyakit dalam tempoh 12 bulan pertama usianya. Susu ibu mengandungi nutrien dan bahan-bahan yang melindungi bayi daripada penyakit berjangkit khususnya cirit-birit, selesema, bronkoliotis dan jangkitan telinga tengah.

Makanan untuk perkembangan otak
Susu ibu mengandungi asid lemak perlu seperti asid alfalinolenik (ALA) dan asid linoleik (LA). Kedua-dua asid ini diperlukan untuk menghasilkan asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid arakidonik (AA) yang penting untuk pembesaran dan pertumbuhan janin dan bayi, terutamanya untuk pertumbuhan otak dan perangsangan visual yang berkualiti. Perkembangan otak yang sempurna dalam tahun pertama usia bayi akan menyediakan asas kepada keupayaan pembelajarannya pada masa depan.

Mengurangkan kemungkinan mengalami alergi
Kebanyakan simptom alergik yang dikaitkan dengan pengambilan susu formula lazimnya berpunca daripada tindakbalas bertentangan imun bayi terhadap protein susu lembu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami simptom-simptom alergik seperti kolik, muntah, cirit-birit atau najis berdarah, malresapan, ekzema, rinitis alergik dan asma bronkiol.

Pengikat kasih
Bayi perlu mendengar degupan jantung anda, merasai kehangatan tubuh anda dan berada rapat dengan anda.Kesemua ini adalah sama pentingnya dengan keperluannya terhadap makanan. Tiada aktiviti lain yang dapat memenuhi semua keperluan ini selengkap dan sehebat penyusuan susu ibu.


Faedah Kepada Ibu

Kembali kepada bentuk badan asal

Penyusuan susu ibu membantu anda membakar lemak yang tersimpan sewaktu hamil. Penurunan berat badan lebih berjaya jika ibu turut mengamalkan senaman yang betul.

Mengecutkan rahim
Penyusuan susu ibu akan merembeskan hormone hormon yang bertindak ke atas uterus (rahim), menyebabkannya mengecut dan kembali kepada saiz asal dengan lebih cepat. Pengecutan ini juga menghalang pendarahan berlebihan selepas bersalin.

Melindungi kesihatan
Penyusuan susu ibu melindungi ibu daripada penyakit barah payudara dan barah ovari dan mengurangkan kemungkinan mendapat osteoporosis dan penyakit jantung.

Menjarakkan kehamilan
Penyusuan susu ibu melambatkan kedatangan haid dan ini boleh membantu ibu menjarakkan kehamilan secara semulajadi.

Mudah
Penyusuan susu ibu selesa, boleh diberikan kepada bayi di mana-mana sahaja ibu berada, pada bila-bila masa dan adalah percuma!



Wednesday, 6 August 2014

Perut Mengeras Ketika Hamil ( Braxton Hicks )

Perut Mengeras sewaktu hamil

Bagi wanita yang hamil anak pertama, pelbagai kerisauan yang datang terutamanya apabila terasa perubahan pada badan. salah satu yang paling dirisaukan apabila perut mengeras.

Keadaan ini berlaku apabila otot-otot rahim mula menegang, kulit tertarik dan meregang dan perut keras seperti batu. Keadaan ini akan berlaku dalam tempoh trimester terakhir dan biasanya mengambil masa dalam 30 saat ke 2 minit.

Sekiranya keadaan ini berlaku sebelum minggu 36, keadaan ini dinamakan Braxton Hicks. keadaan ini tidak berbahaya, namun masih memerlukan pemerhatian terutamanya jika terdapat pendarahan atau keluar cecair dari faraj.

Tanda2 Braxton Hicks:
1) tidak kerap, kadang2 tidak berulang2
2) kadar kuat rasa mengeras tidak sama. kadang2 kuat, kadang2 perlahan
3) tempoh mengeras adalah pendek, 30 saat ke 2 minit

Punca2 berlakunya Braxton Hicks:
1) Jangkitan pada pundi kencing
2) keputihan
3) Bayi atau anda terlalu aktif (anda atau bayi kepenatan)
4) dehidrasi
5) angin dalam badan

Cara mengurangkan Braxton Hicks:
1) banyakkan berehat, kurangkan naik turun tangga dan berjalan
2) minum banyak air masak
3) tukar posisi kedudukan. jika sedang berdiri, duduk. jika sedang duduk baring
4) Mandi air suam
5) ubah teknik pernafasan.. bernafas dalam2 dan hembus perlahan2

Namun, jika anda mengalami keadaan ini sewaktu minggu 36 ke atas, sila bertemu dengan Dr untuk pemeriksaan lanjut.

Semoga bermanafaat!

Monday, 24 March 2014

7 Punca Ketidaksuburan Wanita


Berjumpalah dengan pakar apabila wanita berumur 35tahun keatas tidak hamil setelah 6bulan mencuba manakala wanita muda yang belum hamil selepas setahun berkahwin...

Pemahaman  mengenai punca ketidaksuburan wanita mungkin dapat membantu mereka untuk berhadapan dengan semua masalah ini..

Antara puncanya adalah:

TERLALU OBES
Peningkatan ini selalu berlaku setelah berkahwin dan secara langsung kitaran haid juga turut mengalami gangguan

GANGGUAN PADA PANGKAL RAHIM@ CERVICAL MUCOSA (CM)
Masalah mucus pada pangkal rahim yang tidak mencukupi. Mukus ini sangat diperlukan oleh sperma untuk melindunginya

ENDOMETRIOSIS/ TISU DARI SELAPUT DALAM RAHIM TUMBUH DI LUAR RAHIM
Antara gejala biasa ialah inflamasi,sakit ketikahaid,haid yang banyak,ketulan darah yang besar,ovarian cyst,sakit ketika buang air besar,darah berketul ketulsebelum haid,pendarahan yang luar biasa,ketidaksuburan,senggugut yang teruk di pengakhiran haid,sakit bahagian ari ari dan sakit ketika bersama pasangan

GANGGUAN PADA HORMON
PCOS adalah gangguan hormon dimana ia menghasilkan lebihan hormon lelaki iaitu hormon androgen seperti testosteron dalam ovari.Ovari polisistik terbentuk apabila terdapat banyak sista yang wujud seperti corak bergugus teratur.Sista ini merupakan folikel yang gagal membesar dan tidak mengeluarkan ovum. penyebab utama wanita menghidap PCOS ialah genetik,kegagalan pengovulan kerana tekanan perasaan,diet yang salah,kegagalan badan bertindak dengan insulin,kerintangan insulin.

GANGGUAN OVULUSI
Wanita perlu mengeluarkan telurnya untuk proses ovulasi. antara faktor gangguan ovulasi ialah penggunaan alkohol,obesiti dan lain lain.

PENYAKIT/ KEMUSNAHAN SALURAN TIUB FALLOPIAN
Penyakit kelamin seperti chlamydia,gonorrhea.

GANGGUAN RAHIM
Fibroid idalah ketumbuhan dalam rahim



Thursday, 6 March 2014

Rahsia Tingkatkan Metabolisme Badan


Metabolisme ialah cara tubuh badan kita membakar semua kalori makanan yang kita makan...ia melibatkan proses reaksi kimia dalam tubuh kita..Kadar metabolisme ialah ukuran kelajuan tubuh kita membakar kalori..

Faktor jantina,ketinggian,berat,umur,genetik,gaya hidup dan komposit tubuh mempengaruhi metabolisme kita..metabolisme ni amat penting dalam mengawal berat badan..lebih tinggi metabolisme,lebih banyak kalori yang mampu dibakar dan rendah risiko untuk berat badan naik..

Sini saya nak kongsikan dengan anda semua mengenai bagaimana meningkatkan metabolisme disamping mengekalkan berat badan ideal..

  • Ambil banyak protein---protein memiliki kesan "thermic---> energy used in digestion, absorption and distribution of nutrients" yang tinggi,jadi badan akan membakar lebih banyak kalori untuk mencernakan sumber ini ..
Saranan saya,cuba sediakan sumber protein yang tidak berlemak dlm setiap hidangan kita seperti keju rendah lemak, kekacang,ayam, dan ikan.

  • Minum Teh Hijau -----minum teh hijau untuk dapatkan EGCG (epigallocatechin gallate) iaitu bahan yang dapat meningkatkan metabolisme..elakkan minum minuman berkalori tinggi seperti kordial buah buahan dan minuman berkarbonat kerana ia melemahkan,meletihkan dan membuatkan anda kembung!
  • Jangan Takut dengan peralatan Gim---- jangan rasa malu nak pergi gim,gunakan apa sahaja peralatan kecergasan yang ada.ia bagus untuk membina otot agar lemak tidak berkumpul serta meningkatkan metabolisme anda.
  • Ambil makanan ada omega 3 ------ ikan salmon,tuna, sardin dam makarel mengandungi omega 3 yang amat tinggi kerana ia menjadikan metabolisme anda lebih efisien,melambatkan proses pencernaan dan mengelakkan rasa lapar
  • Gunakan minyak zaiton @ minyak kelapa dara ----kerana ia ada lemak sihat yang dapat meningkatkan metabolisme dan membakar lebih banyak lemak
  • Kurangkan Karbohidrat -----jauhi makanan yang diproses,mengandungi gula yang tinggi,makanan ringan...sebaliknya ambil protein yang dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 30% dlm tempoh 12 jamJangan lupa tentang serat,serat akan mengikat lemak metabolisme dan menyingkirkan ia dari tubuh
  •  Detoksifikasi tubuh ---- cara yang efektif menyingkirkan toksin yang terkumpul dlm badan..
  •  Minum banyak air --- tubuh yang dihidrasi akan melambatkan metabolisme serta membuat rasa lapar..
  • Minum Air bersama lemon @ limau nipis --- minumlah air suam dengan campuran limau bersama serat kerana terdapat enzim dalam limau@lemon akan meningkatkan metabolisme dan melancarkan sistem pencernaan.
  •  Makan sajian yang kecil tetapi kerap ----  menjamah makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap kerana ia membantu pembakaran lemak dengan lebih banyak



Anda Juga Mungkin Meminati