Metabolisme ialah cara tubuh badan kita membakar semua kalori makanan yang kita makan...ia melibatkan proses reaksi kimia dalam tubuh kita..Kadar metabolisme ialah ukuran kelajuan tubuh kita membakar kalori..
Faktor jantina,ketinggian,berat,umur,genetik,gaya hidup dan komposit tubuh mempengaruhi metabolisme kita..metabolisme ni amat penting dalam mengawal berat badan..lebih tinggi metabolisme,lebih banyak kalori yang mampu dibakar dan rendah risiko untuk berat badan naik..
Sini saya nak kongsikan dengan anda semua mengenai bagaimana meningkatkan metabolisme disamping mengekalkan berat badan ideal..
- Ambil banyak protein---protein memiliki kesan "thermic---> energy used in digestion, absorption and distribution of nutrients" yang tinggi,jadi badan akan membakar lebih banyak kalori untuk mencernakan sumber ini ..
- Minum Teh Hijau -----minum teh hijau untuk dapatkan EGCG (epigallocatechin gallate) iaitu bahan yang dapat meningkatkan metabolisme..elakkan minum minuman berkalori tinggi seperti kordial buah buahan dan minuman berkarbonat kerana ia melemahkan,meletihkan dan membuatkan anda kembung!
- Jangan Takut dengan peralatan Gim---- jangan rasa malu nak pergi gim,gunakan apa sahaja peralatan kecergasan yang ada.ia bagus untuk membina otot agar lemak tidak berkumpul serta meningkatkan metabolisme anda.
- Ambil makanan ada omega 3 ------ ikan salmon,tuna, sardin dam makarel mengandungi omega 3 yang amat tinggi kerana ia menjadikan metabolisme anda lebih efisien,melambatkan proses pencernaan dan mengelakkan rasa lapar
- Gunakan minyak zaiton @ minyak kelapa dara ----kerana ia ada lemak sihat yang dapat meningkatkan metabolisme dan membakar lebih banyak lemak
- Kurangkan Karbohidrat -----jauhi makanan yang diproses,mengandungi gula yang tinggi,makanan ringan...sebaliknya ambil protein yang dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 30% dlm tempoh 12 jamJangan lupa tentang serat,serat akan mengikat lemak metabolisme dan menyingkirkan ia dari tubuh
- Detoksifikasi tubuh ---- cara yang efektif menyingkirkan toksin yang terkumpul dlm badan..
- Minum banyak air --- tubuh yang dihidrasi akan melambatkan metabolisme serta membuat rasa lapar..
- Minum Air bersama lemon @ limau nipis --- minumlah air suam dengan campuran limau bersama serat kerana terdapat enzim dalam limau@lemon akan meningkatkan metabolisme dan melancarkan sistem pencernaan.
- Makan sajian yang kecil tetapi kerap ---- menjamah makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap kerana ia membantu pembakaran lemak dengan lebih banyak
0 comments:
Post a Comment