Fibroid rahim adalah benigna (bukan kanser) ketumbuhan pada rahim wanita. Fibroid ini merupakan tumor biasa yang tumbuh pada rahim dan selalunya tumbuh pada dinding rahim.Fibroid rahim biasanya berlaku pada tisu-tisu otot rahim dan seterusnya merebak ke dalam rongga rahim atau dinding rahim ataupun permukaan rahim dan ke dalam rongga abdomen .
Fibroid mungkin berkelompok tunggal ataupun berbilang pada rahim. Fibroid rahim biasanya menyebabkan pendarahan berlebihan semasa kitaran haid, kerap untuk membuang air kecil dan sakit pada bahagian pelvis.
1 dalam 5 wanita berusia lebih 35 tahun menghadapi masalah fibroid. Hysterectomies (buang rahim) digunakan untuk merawat fibroid, bagaimanapun rawatan baru semakin meningkat dengan lebih ramai wanita mencari terapi alternatif untuk mengawal dan merawat fibroid.
Hormon estrogen yang di hasilkan secara semulajadi oleh badan merangsang fibroid rahim.Fibroid boleh bermula seawal usia 20an dan mengecut selepas menopous kerana badan berhenti menghasilkan hormon estrogen dalam kuantiti yang melebihi keperluan badan. Tumor ini bersaiz kecil yang tidak menyebabkan apa apa masalah dan boleh menjadi besar dan berat bersaiz kilogram!!...kebiasaanya tumor ini tumbuh secara perlahan lahan.
PUNCA FIBROID
- Berat badan berlebihan atau obes.
- Jika kitaran haid bermula sebelum umur 10.
SIMPTOM-SIMPTOM FIBROID
Fibroid rahim selalunya dikesan setelah melakukan pemeriksaan pelvik
- Peningkatan ketara dalam pendarahan haid atau kitaran tidak teratur.
- Sembelit
- Kerap membuang air kecil. Hanya dalam kes-kes yang jarang berlaku adalah terdapat ketidakupayaan untuk membuang air kecil.
- Tekanan pada pelvik dan sakit pada bahagian bawah perut
- Peningkatan luar biasa saiz pinggang.
- Masalah kesuburan.
PENCEGAHAN FIBROID
- Mengekalkan berat badan yang normal kerana pengeluaran estrogen meningkat dengan peningkatan berat badan dan memburukkan pertumbuhan fibroid rahim.
- Aktiviti fizikal senaman yang kerap di samping membantu mengawal berat badan juga akan mengurangkan pengeluaran hormon. Kurang hormon dihasilkan, semakin kurang fibroid akan berkembang.
- Walaupun merokok tidak dikaitkan dengan fibroid, berhenti merokok akan meningkatkan kesihatan anda.
- Pemeriksaan rutin akan membantu untuk mengenal pasti tumor awal supaya boleh memulakan rawatan awal.
Berminat???Ingin mendapatkan TIPS EKSKLUSIF dari saya sila sms ke 019-6463658
Berusaha, Berdoa dan Tawakkal...In Sya Allah
0 comments:
Post a Comment