Monday, 24 March 2014

7 Punca Ketidaksuburan Wanita


Berjumpalah dengan pakar apabila wanita berumur 35tahun keatas tidak hamil setelah 6bulan mencuba manakala wanita muda yang belum hamil selepas setahun berkahwin...

Pemahaman  mengenai punca ketidaksuburan wanita mungkin dapat membantu mereka untuk berhadapan dengan semua masalah ini..

Antara puncanya adalah:

TERLALU OBES
Peningkatan ini selalu berlaku setelah berkahwin dan secara langsung kitaran haid juga turut mengalami gangguan

GANGGUAN PADA PANGKAL RAHIM@ CERVICAL MUCOSA (CM)
Masalah mucus pada pangkal rahim yang tidak mencukupi. Mukus ini sangat diperlukan oleh sperma untuk melindunginya

ENDOMETRIOSIS/ TISU DARI SELAPUT DALAM RAHIM TUMBUH DI LUAR RAHIM
Antara gejala biasa ialah inflamasi,sakit ketikahaid,haid yang banyak,ketulan darah yang besar,ovarian cyst,sakit ketika buang air besar,darah berketul ketulsebelum haid,pendarahan yang luar biasa,ketidaksuburan,senggugut yang teruk di pengakhiran haid,sakit bahagian ari ari dan sakit ketika bersama pasangan

GANGGUAN PADA HORMON
PCOS adalah gangguan hormon dimana ia menghasilkan lebihan hormon lelaki iaitu hormon androgen seperti testosteron dalam ovari.Ovari polisistik terbentuk apabila terdapat banyak sista yang wujud seperti corak bergugus teratur.Sista ini merupakan folikel yang gagal membesar dan tidak mengeluarkan ovum. penyebab utama wanita menghidap PCOS ialah genetik,kegagalan pengovulan kerana tekanan perasaan,diet yang salah,kegagalan badan bertindak dengan insulin,kerintangan insulin.

GANGGUAN OVULUSI
Wanita perlu mengeluarkan telurnya untuk proses ovulasi. antara faktor gangguan ovulasi ialah penggunaan alkohol,obesiti dan lain lain.

PENYAKIT/ KEMUSNAHAN SALURAN TIUB FALLOPIAN
Penyakit kelamin seperti chlamydia,gonorrhea.

GANGGUAN RAHIM
Fibroid idalah ketumbuhan dalam rahim



Thursday, 6 March 2014

Rahsia Tingkatkan Metabolisme Badan


Metabolisme ialah cara tubuh badan kita membakar semua kalori makanan yang kita makan...ia melibatkan proses reaksi kimia dalam tubuh kita..Kadar metabolisme ialah ukuran kelajuan tubuh kita membakar kalori..

Faktor jantina,ketinggian,berat,umur,genetik,gaya hidup dan komposit tubuh mempengaruhi metabolisme kita..metabolisme ni amat penting dalam mengawal berat badan..lebih tinggi metabolisme,lebih banyak kalori yang mampu dibakar dan rendah risiko untuk berat badan naik..

Sini saya nak kongsikan dengan anda semua mengenai bagaimana meningkatkan metabolisme disamping mengekalkan berat badan ideal..

  • Ambil banyak protein---protein memiliki kesan "thermic---> energy used in digestion, absorption and distribution of nutrients" yang tinggi,jadi badan akan membakar lebih banyak kalori untuk mencernakan sumber ini ..
Saranan saya,cuba sediakan sumber protein yang tidak berlemak dlm setiap hidangan kita seperti keju rendah lemak, kekacang,ayam, dan ikan.

  • Minum Teh Hijau -----minum teh hijau untuk dapatkan EGCG (epigallocatechin gallate) iaitu bahan yang dapat meningkatkan metabolisme..elakkan minum minuman berkalori tinggi seperti kordial buah buahan dan minuman berkarbonat kerana ia melemahkan,meletihkan dan membuatkan anda kembung!
  • Jangan Takut dengan peralatan Gim---- jangan rasa malu nak pergi gim,gunakan apa sahaja peralatan kecergasan yang ada.ia bagus untuk membina otot agar lemak tidak berkumpul serta meningkatkan metabolisme anda.
  • Ambil makanan ada omega 3 ------ ikan salmon,tuna, sardin dam makarel mengandungi omega 3 yang amat tinggi kerana ia menjadikan metabolisme anda lebih efisien,melambatkan proses pencernaan dan mengelakkan rasa lapar
  • Gunakan minyak zaiton @ minyak kelapa dara ----kerana ia ada lemak sihat yang dapat meningkatkan metabolisme dan membakar lebih banyak lemak
  • Kurangkan Karbohidrat -----jauhi makanan yang diproses,mengandungi gula yang tinggi,makanan ringan...sebaliknya ambil protein yang dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 30% dlm tempoh 12 jamJangan lupa tentang serat,serat akan mengikat lemak metabolisme dan menyingkirkan ia dari tubuh
  •  Detoksifikasi tubuh ---- cara yang efektif menyingkirkan toksin yang terkumpul dlm badan..
  •  Minum banyak air --- tubuh yang dihidrasi akan melambatkan metabolisme serta membuat rasa lapar..
  • Minum Air bersama lemon @ limau nipis --- minumlah air suam dengan campuran limau bersama serat kerana terdapat enzim dalam limau@lemon akan meningkatkan metabolisme dan melancarkan sistem pencernaan.
  •  Makan sajian yang kecil tetapi kerap ----  menjamah makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap kerana ia membantu pembakaran lemak dengan lebih banyak



Monday, 3 March 2014

Bersahabatlah Dengan Lemak Yang Baik Untuk Langsing



Tengok lipatan perut yang tersembul disebalik pakaian dan selulit pada paha membuatkan kita mahu bermusuh dengan lemak..hakikatnya sukar untuk kita bermusuh dengan lemak.

Lihat sahaja makanan disekeliling kita, semuanya ada lemak dan kalori…selalunya makanan inilah yang menggoda kita untuk menikmatinya



Ramai orang keliru dengan lemak dan kalori.... lemak ialah nutrisi dalam makanan yang digunakan oleh tubuh sebagai sumber tenaga…tidak semua lemak akan terbakar ketika melakukan aktiviti kerana ia disimpan sebagai bekalan tenaga dalam sel sel lemak…jika berolahraga sekalipun masih ada lemak yang tidak terbakar…apatah lagi sekiranya kita hanya duduk tanpa melakukan sebarang aktiviti langsung…tentu sahaja lemak ini akan bertukar menjadi kolesterol…



Kalori pulak,ialah jumlah tenaga yang tersimpan dalam makanan tersebut, namun sekiranya kalori tidak digunakan mengakibatkan masalah lebihan berat badan.



Bersahabatlah dengan lemak…seperti keju yang kaya dengan lemak dan protein..ia memberikan perut kita sentiasa rasa kenyang.cukuplah makan sebagai makanan tambahan dan pendamping salad…kacang, juga amt bagus kerana ia memberi rasa kenyang dan kandungan lemak tak tepu yang cepat terbakar. manakala buah avokado dan coklat hitam,  dapat menurunkan kolesterol jahat kerana kandungan lemak tak tepu dalamnya..

Anda Juga Mungkin Meminati