Tengok lipatan perut yang tersembul disebalik pakaian dan selulit pada paha membuatkan
kita mahu bermusuh dengan lemak..hakikatnya sukar untuk kita bermusuh dengan
lemak.
Lihat sahaja
makanan disekeliling kita, semuanya ada lemak dan kalori…selalunya makanan
inilah yang menggoda kita untuk menikmatinya
Ramai orang
keliru dengan lemak dan kalori.... lemak ialah nutrisi dalam makanan yang
digunakan oleh tubuh sebagai sumber tenaga…tidak semua lemak akan terbakar
ketika melakukan aktiviti kerana ia disimpan sebagai bekalan tenaga dalam sel
sel lemak…jika berolahraga sekalipun masih ada lemak yang tidak terbakar…apatah
lagi sekiranya kita hanya duduk tanpa melakukan sebarang aktiviti
langsung…tentu sahaja lemak ini akan bertukar menjadi kolesterol…
Kalori
pulak,ialah jumlah tenaga yang tersimpan dalam makanan tersebut, namun sekiranya
kalori tidak digunakan mengakibatkan masalah lebihan berat badan.
Bersahabatlah
dengan lemak…seperti keju yang kaya dengan lemak dan protein..ia memberikan
perut kita sentiasa rasa kenyang.cukuplah makan sebagai makanan tambahan dan
pendamping salad…kacang, juga amt bagus kerana ia memberi rasa kenyang dan
kandungan lemak tak tepu yang cepat terbakar. manakala buah avokado dan coklat hitam, dapat menurunkan kolesterol jahat kerana
kandungan lemak tak tepu dalamnya..
0 comments:
Post a Comment