Friday, 7 February 2014

Secawan Jus Strawberi Langsingkan Tubuh





Warnanya merah apabila masak membuatkan sesiapa sahaja yang tengok pasti teringin menikmatinya, sering menjadi hiasan dalam pelbagai hidangan seperti kek dan sebagainya.Banyak manfaat daripada buah yang berbentuk hati ini seperti memutihkan gigi serta dapat menghindari penyakit kardiovaskular…


Kaya Antioksidan
Amat sesuai untuk menghindari risiko penyakit kardiovaskular, menghalang dan melambatkan  proses penuaan, meneutralkan kesan negative radikal bebas,menguatkan system imunisasi badan

Kaya Kalium
Membantu mengatur elektrolit dalam tubuh sehingga menurunkan risiko serangan jantung dan strok. Ia juga mengandungi asid folat yang berperanan sebagai zat untuk meningkatkan pengeluaran sel darah merah
 

Kaya Vitamin C
Kandungannya lebih tinggi daripada buah limau, amat berguna untuk memerangi kanser dan menurunkan kadar kolesterol berlebihan.Ia juga mengandungi vitamin B2,B5,B6, magnesium,asid lemak omega dan serat

Menjaga Berat Badan
Membantu dalam program diet kerana ia hampir bebas lemak. Secawan strawberi mengandungi 0.6g lemak,dapat merangsang metabolism dan mengurangkan nafsu makan.


0 comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati