Monday, 27 January 2014

Meal Shakes




Meal shakes ni bukan sahaja kaya dgn protein dan kalsium.. tetapi juga kaya dgn vitamin penting.. Vitamin A, Vitamin B12, Vitamin B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic, Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, dan juga mineral2 penting, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zink..


Nutrisi Lengkap

1. Menyediakan pelbagai jenis vitamin , mineral dan trace mineral.

 Kekurangan trace mineral akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.


2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel


Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.


*Badan lebih sihat. Malah Protein juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.


3. Untuk Pembesaran


Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.


*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.


4. Anti-oksida


Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.


*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.


5. Pemulihan Kulit


Mengandungi vitamin B-kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.


*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.


6.Detox


Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.


*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.



Antara Kebaikan Meal Shakes Shaklee

*Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
*Menambah selera makan anak
*Anak tak mudah kerap jatuh sakit (kuatkan sistem imun kanak kanak)
*Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
*Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak

*Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
*Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
*Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
*Meal Shake rendah lemak dan glisemik, jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
*Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
*Meal shake merupakan makanan untuk otak, kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein

*Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa



Berminat???Ingin mendapatkan TIPS EKSKLUSIF dari saya sila sms ke 019-6463658
Berusaha, Berdoa dan Tawakkal...In Sya Allah

Thursday, 23 January 2014

Sumber Makanan Turunkan Kadar Kolesterol


Kolesterol berperanan menjaga fungsi tubuh, ia bukan hanya membantu tubuh menghasilkan vitamin D, kolesterol baik iaitu HDL dan membantu penyerapan asid lemak essential dan menghasilkan hormon seks.

Tetapi terlalu banyak kolesterol jahat (LDL) menyebabkan penimbunan lemak di salur darah,seterusnya mengakibatkan punca serangan jantung dan angin ahmar..

Bagi yang berdiet, menurunkan kadar kolesterol adalah agenda utama di samping menurunkan berat badan. inilah yang dipanggil DIET SIHAT...

Antara makanan yang membantu menurunkan kadar kolesterol badan


OAT DAN BUBUR GANDUM
Oat mengandungi serat larut yang boleh menurunkan kadar kolesterol (LDL), selain oat, epal, buah pir, barli dan buah prun juga tinggi kandungan serat larut.

WALNUT, BADAM
Menurunkan kadar kolesterol kerana mengandungi asid lemak tidak tepu (polysaturated fatty acid)

OMEGA 3
Menurunkan kolesterol dalam badan, ia juga membantu menurunkan tekanan darah,mencegah kepekatan darah dan melancarkan pembuluh darah

MINYAK ZAITUN
Mengandungi campuran antioksidan yang berpotensi menurunkan kandungan kolesterol tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL)

Hati hati! Makanan Boleh Lemahkan Imunisasi Tubuh



Zaman sekarang semua benda boleh dilakukan dengan cepat, termasuklah penyediaan makanan...Hanya membuat pesanan telefon, nanti sampailah depan pintu rumah...xsalah, tetapi jika tidak berhati hati memilih makanan, silap hari bulan makanan yang diambil mengandungi banyak lemak dan tidak mempunyai zat-zat penting yang diperlukan tubuh. Makanan mcm ini lah yang boleh melemahkan sistem imunisasi tubuh kita...


ANTARA MAKANAN MELEMAHKAN IMUNISASI TUBUH

Makanan yang digoreng menggunakan minyak terpakai - minyak kitar semula ini ada radikal bebas yg boleh rosakkan membran sel dan enzim2 termasuklah DNA. Ia juga meningkatkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser

Makanan yang mengandungi bahan pengawet- terutamnya bahan pengawet yang mengandungi nitrat, seterusnya berubah menjadi nitrosamin ( penyebab kanser)

Makanan Mentah -xsemua makanan mentah selamat dimakan,kerana ia menjadi tempat bakteria dan parasit membiak. walaupun tidak merbahaya,bagi tubuh yang imunisasinya lemah lebih baik elakkan

Alkohol - umum mengetahui ianya membahayakan kesihatan,kerana merosakkan sitem saraf, menghalang sum sum tulang melakukan regenerasi sel darah..


MAKANAN MENGUATKAN IMUNISASI

Protein- makanan tinggi protein boleh melancarkan proses pengeluaran sel baru agar sistem imun tidak terganggu, menambahkan otot yang bertenaga..Ikan tinggi omega 3 memberi kekebalan imun tubuh badan yang cukup tinggi disamping mematikan sel2 kanser, tuna, salmon, daging merah dan susu amat kaya dengan protein

Sayur sayuran - mengandungi sebatian fitokimia yang bersifat antioksidan membantu menentang penyakit kanser dan membantu proses detoksifikasi tubuh

Buah buahan - seperti sayuran,mengandungi fitokimia yang tinggi dalam membantu mencegah kanser

Air Putih - meringankan tugas ginjal dan hati untuk memproses dan membuang toksin dalam darah..


NAK SUPPLEMENT YANG MENGUATKAN SISTEM IMUN TUBUH BADAN KITA???


Tuesday, 21 January 2014

Kurang Bersenam Antara Punca Diabetes


Diabetes ialah keadaan paras gula dalam darah tinggi, ini kerana kekurangan insulin@ fungsinya terjejas ataupun kedua duanya sekali...

Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal kandungan gula (glukosa) dlm darah kita.

Makanan yang kita makan akan ditukar kepada gula (glukosa), gula ini akan diserap ke dalam darah...Insulin akan menggunakan gula ini menjadi tenaga....Jika berlaku kekurangan insulin @ fungsinya terjejas,paras gula dalam darah akan bertambah..maka ini menyebabkan penyakit diabetes


Diabetes ada 2 jenis

1. DIABETES TAHAP 1 (bergantung pada insulin)
Selalunya terjadi pada kanak2@remaja,..kurang insulin boleh dikawal dengan suntikan insulin,kawalan pemakanan dan senaman. Sejarah keluarga ada penyakit diabetes berisiko besar mendapat jenis ini


2. DIABETES TAHAP 2 (tidak bergantung pada insulin)
 Berlaku pada orang dewasa berumur lingkungan 40 tahun ke atas dan juga sesiapa yang mempunyai berat badan berlebihan.Biasanya boleh dikawal dengan kawalan pemakanan,senaman dan ubat ubatan..mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi diabetes juga berisiko besar terhadap penyakit ini


SIAPA YANG BERISIKO DAPAT DIABETES?

Berat badan berlebihan
Tidak aktif secara fizikal (kurang bersenam)
Mengamalkan pemakanan tidak sihat (tinggi lemak,gula,kurang serat)
Sejarah keluarga yang menghidapi diabetes
Fakto2 lain ( bangsa,ubat ubatan seperti steroid)


GEJALA

Kerap kencing
Berasa dahaga selalu
Kehilangan berat badan mendadak
Letih dan lesu
Mudah terkena jangkitan kulit
Luka lambat sembuh
Gatal gatal (terutama bahagian kemaluan)


KOMPLIKASI DIABETES

Tisu mati,kudis menular menyebabkan kaki terpaksa dipotong
Masalh mata (kebutaan,katarak,glaukoma)
Kerosakan buah pinggang
Serangan jantung
Tekanan darah tinggi
Angin ahmar
Koma
Penyakit saraf
Masalah organ pembiakan


TIPS MENGAWAL DIABETES

*Makan secara sihat
  • Makan pelbagai makanan dengan kombinasi makanan yang membekalkan tenaga,protein,vitamin,zat galian
  • Elak makanan berlemak dan pilihlah makanan rendah lemak
  • Makan lebih sayuran,kekacang,buahan dan bijirin
  • Makan dengan kerap tetapi sedikit
  • Makan mengikut umur dan aktiviti fizikal anda
*Makan ubat mengikut arahan doktor
*Kekalkan berat badan Ideal
*Selalu bersenam
*Elakkan jangkitan kuman pada luka


KLIK SET DIABETES SHAKLEE Bagi sesiapa yang ingin mencuba produk Shaklee!!

Saturday, 18 January 2014

Nutrisi Penting Untuk Kulit Sihat





Kulit sihat memerlukan rawatan dari luar (rawatan SPA, losyen) dan dalam, iaitu pengambilan nutrisi dari makanan....Beberapa makanan dan nutrisi yang anda boleh ambil dan amalkan untuk kulit yang cantik, gebu, dan putih...

AIR
Air menjaga akar kulit supaya sentiasa lembab,mengurangi garis2 halus dan kerutan pada kulit,membantu sel menyerap nutrisi dan merembeskan toksik,membantu melancarkan aliran darah dan menjaga kulit agar sentiasa segar dan berseri

SELENIUM
Mineral yang melindungi sel kulit dari radikal bebas,ia juga mencegah kanser. anda boleh mendapatkan selenium daripada udang,daging,ikan kod,tuna,salmon,kerang,dan juga pasta gandum.

COENZYME Q10
CoQ10 ialah antioksidan kuat yang dihasilkan dalam tubuh,ia melindungi kulit dan sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas,ia uga bertindak dalam penghasilan tenaga dan fungsi sistem imun badan. Boleh didapati dari makanan seperti tuna,salmon, hati,dan biirin penuh..

ANTIOKSIDAN
Antioksidan mencegah dan melambatkan kerosakan sel akibat radikal bebas,kerosakan ini menyebabkan tanda penuaan pada kulit seperti kedutan dan kulit kering. Ia boleh didapati dalam buah dan sayuran seperti tomato,aprikot,labu,bayam,cili,kacang soya dan limau

VITAMIN A
Untuk kulit cerah dan halus,buahan dan sayuran kaya dengan vitamin A membantu memelihara kelembapan lapisan kulit bawah.Limau,lobak merah,sayuran hijau,telur,produk susu rendah lemak antara sumber vitamin ini

VITAMIN C
Bertindak melindungi kulit daripada cahaya matahari,memperbaiki kerosakan akibat radikal bebas...ia boleh didapati dalam buah citrus,betik,kiwi dan sayuran hijau

VITAMIN E
Antioksidan yang boleh mencegah kerosakan kulit akibat cahaya matahari...juga bertindak sebagai antiperadangan dan menguatkan sistem imun. Ia boleh didapati dari minyak sayur, kacang, biji bijian, buah zaiton, bayam, asparagus dan sayuran hijau

ASID LEMAK ESSENTIAL
Omega 3 dan omega 6 membantu menghasilkan lapisan minyak pelindung semulajadi kulit serta mencegah jerawat,..ia boleh didapati dari minyak zaiton, minyak canola, salmon, makarel..



TOMATO
Kaya dengan likopen dan menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur


STRAWBERI
Segelas air strawberi mengandungi 130% vitamin C,cukup kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen yang berfungsi membantu kulit stabil dan lembut




 
 SALAD
Setiap 6helai daun salad mengandungi 100% vitamin A yang berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kepada kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.



TELUR
Telur mengandungi Lutein dan zeaxanthan yang berfungsi untuk  mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung,telur juga menjadikan kulit lebih lembut,tegang dan lembap


EPAL
Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin iaitu antioksidan yang berfungsi melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet.


SOYA
Ia kaya dengan Isoflavon dan makanan berasaskan soya membuatkan kulit lebih putih,gebu dan kurang kedutan

Cara Sihat Menambah Berat Badan





Memang ramai selama ini mahu menurunkan berat badan sehingga terlupa ada juga kalangan kita yang berusaha bermacam2 cara untuk menambahkan berat badan

Jika anda ingin menambah berat badan, faktor penting anda perlu titikberatkan ialah pola pemakanan dengan nutrisi yang mencukupi.

Latihan beban, aspek yang perlu menjadi rutin anda disamping pastikan tubuh mendapat nutrisi terbaik untuk membantu pemeliharaan dan perkembangan tubuh

Sebelum memulakan usaha menambahkan berat badan, antara perkara penting yang perlu tahu iaitu:

  • Tubuh terdiri daripada 2 elemen yang berhubungan dengan berat badan iaitu OTOT dan LEMAK. Menambah massa otot merupakan yang terbaik berbanding lemak
 
  • Orang yang susah menambah berat badan , tubuhnya sukar untuk menyimpan lemak
 
  • Menambahkan massa otot merupakan yang terbaik untuk menambahkan berat badan, iaitu melalui latihan beban iaitu melatih otot2 besar seperti otot dada, punggung dan paha


Pilihan makanan menambah berat badan

  • SUMBER PROTEIN-protein haiwan seperti dada ayam, tuna, salmon dan daging segar. Protein tumbuhan seperti kacang hijau,kacang tanah,kacang pis,kacang soya 
 
  • SUMBER KARBOHIDRAT- ia perlu sebagai bahan bakar utama,karbohidrat terbaik didapati dlm roti gandum,beras merah,dan ubi dimana makanan ini mengandungi sumber karbohidrat kompleks untuk tenaga
 

 

  • SUMBER LEMAK- perlu lemak sihat seperti dalam ikan salmon,sardin,makarel dan tunayang kaya dengan omega 3. Lemak pada ikan diperlukan kerana membantu pertumbuhan badan, fungsi otak dan mengurangkan penyakit kardiovaskular. Anda juga digalakkan mengambil buah avokado yang kaya dengan lutein untuk meningkatkan kesihatan mata dan klorofil yang terkandung dalamnya sebagai sumber antioksidan


 

 

 

Makan Banyak,Berat Badan Turun


Benarkah seperti yang dikatakan, makan banyak boleh bantu menurunkan berat badan?Sememangnya makanan yang betul akan membantu anda menurunkan beberapa kilogram dan membakar kalori dan menahan nafsu makan...




STIK
Wanita yang sedang berdiet dan mengambil daging merah mampu menurunkan berat badan.Caranya panggang daging dan hiris halus2 dalam campuran salad ataupun campuran sayuran!

TELUR
Makan semua samaada telur kuning mahupun putih

SAYUR KUBIS
Semangkuk sayur kubis mengandungi 1.3g serat,zat besi dan kalsium

GANDUM
Mengandungi serat penting

KEKACANG
Membantu mencegaj kenaikan kadar insulin yang menyebabkan  lemak terkumpul terutamanya di bahagian perut

EPAL
Sebiji epal sehari dapat menjaga berat anda

PASTA GANDUM HITAM
Ia mengandungi serat yang tinggi,ia juga ada kandungan protein



Tuesday, 14 January 2014

Anda Lupa @ Hidap Alzheimer?



Anda memasuki bilik untuk mendapatkan sesuatu tapi setelah berada dalamnya anda terlupa apa yang anda mahu ambil..pasti ada yang pernah menghadapi situasi begini....Namun ada juga yang berasa bimbang mengalaminya kerana menyangka ia adalah petanda penyakit ALZHEIMER

Dalam beberapa kes, episod lupa menggambarkan samaada hilang ingatan berkaitan dengan usia,kekurangan tidur ataupun tertekan

Selalunya seseorang yang mempunyai tanda2 penyakit lupa ini dirawat dengan ubat antidementia yang memperlahankan perkembangan penyakit ini

Kehilangan memori pada usia 60@70 tahun adalah normal,namun....masalah kehilangan memori ringan mampu berkembang kepada penyakit Alzheimer ini


BEZA ANTARA LUPA NORMAL DAN LUPA ALZHEIMER

Lupa Normal
  • lupa terhadap beberapa bahagian pengalaman
  • lupa tempat meletakkan kereta
  • lupa peristiwa lalu
  • lupa nama seseorang tetapi dapat ingat kemudiannya
  • lupa dengan sesuatu objek seperti kunci kereta
Lupa Penyakit Alzheimer
  • Lupa dengan seluruh pengalaman yang terjadi
  • lupa cara memandu kereta ataupun melihat waktu
  • Lupa dengan perkara yang baru sahaja berlaku
  • Lupa dengan seseorang padahal anda mengenalinya


7 TANDA UMUM ALZHEIMER
  1. Lupa dengan nombor telefon dan informasi nama dan tidak mampu mengingatinya
  2. Kesulitan melaksanakan tugas yang sebelumnya merupakan rutin hariannnya
  3. Mengalami masalah dengan bahasa,lupa dengan kata2 sederhana @ mengucapkan kata2 yang tidak biasa diucap
  4. Keliru dengan tempat dan masa
  5. Penurunan penilaian sepertitak mampu bezakan cuaca dan memberi wang kepada sesiapa sahaja
  6. Lupa menempatkan dan bagaimana menyimpan kembali sesuatu barang
  7. Perubahan mood dan perilaku seperti marah tiba2 tanpa alasan yang jelas

KAEDAH TAJAMKAN INGATAN

  • Rancang setiap tugasan dengan menggunakan alat bantuan ingatan seperti membuat catatan
  • Bentuk minat dlm aktiviti yang membantu minda dan tubuh
  • Libatkan diri dlm aktiviti fizikal dan senaman
  • Elakkan minuman beralkohol
  • Cari aktiviti yang dapat menghilangka tekanan,kemurungan

Minum Air Sebelum Makan Cara Efektif Turunkan Berat Badan??

 

Ada pendapat mengatakan minum air sebelum makan dapat membantu dalam proses penurunan berat badan dan ada juga mengatakan minum 2 gelas air sebelum makan 3 kali sehari boleh menghilangkan lemak di tubuh sehingga 2.3 kg! wow...memang menarik!!!....namun tiada bukti ilmiah yang dapat menyokongnya...

Oleh itu, sekumpulan pakar di USA mengadakan ujian untuk menguji kebenaran teori tersebut terhadap 48 org dewasa berusia antara 55 tahun hingga 75 tahun yang dibahagikan  di dalam 2 kumpulan

Kumpulan pertama diberi diet rendah kalori, tetapi tidak minum air sebelum makan. kumpulan kedua juga diberi diet rendah kalori namun diberi minum 2 gelas air sebelum makan

Selepas 12minggu, kumpulan kedua mengalami penurunan berat badan sehingga 7kg sedangkan kumpulan pertama hanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg...


Kunci utama dalam kajian ini adalah bahawa air merupakan satu cara efektif dalam penurunan berat badan kerana air mudah didapati,serta dapat mengisi perut dan tidak mengandungi kalori




Tidak ramai yang gemar minum air putih walaupun sedar tentang kebaikannya terhadap kesihatan tubuh badan, tanpa warna mahupun rasa membuatkan kita mudah bosan untuk meminumnya...Sebenarnya air putih meringankan tugas ginjal dan hati untuk memproses dan membuang toksin yang terdapat di dalam darah. Ia juga membantu untuk membasmi kuman yang mendatangkan penyakit, selain membantu menghindarjan anda dari keinginan untuk makan makanan manis. Kalau xpercaya,cubalah! Bila anda terasa ingin menikmati makanan yang manis,cuba anda minum segelas air suam,pasti keinginan tadi akan hilang!







Keistimewaan Sayur Kangkong


Kangkung merupakan salah satu tanaman sayuran yang paling popular dikalangan masyarakat Malaysia. Nama scientifik kangkung ialah Ipomoea Aqatica. Kangkung dikatakan  berasal dari India, kemudian merebak ke Malaysia, Myanmar, Indonesia, China Selatan, Australia, dan Afrika. 

Kangkung merupakan tanaman yang tumbuh cepat dan akan  memberikan hasil  dalam masa 4 hingga 6 minggu dan ia boleh tumbuh dengan panjang 30 hingga 50 cm. Kangkung ada dua jenis, iaitu Kangkung Darat yang disebut Kangkung China, dan Kangkung Air yang tumbuh secara semulajadi di sawah, paya, atau parit. Harganya yang murah, mudah tumbuh, cepat tuai, mudah cara mendapatkannya menyebabkan ia merupakan antara sayuran kegemaran ramai. Oleh kerana itulah, alangkah lebih baik jika kita juga mengetahui manfaat sayur kangkung ini untuk kesihatan kita




Khasiat pemakanan dan manfaat kesihatan sayur kangkung:

Kangkung mengandungi zat seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, protein, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, dan sitosterol. Kangkung juga bertindak sebagai indikator untuk merawat pelbagai masalah kesihatan yang bersifat antiracun.

Herminia de Guzman Ladion adalah pakar kesihatan dari Filipina, dan beliau menyifatkan kangkung sebagai tanaman "penyembuh ajaib". Di negara itu, tanaman ini dipakai untuk menyembuhkan sembelit dan makanan bagi mereka yang sedang melakukan diet. Akar kangkung, terutama kangkung darat, juga berguna untuk mengubati penyakit buasir.


Pada laman Healtstore, Kangkung disebutkan mempunyai khasiat sebagai ubat tradisional antipenuaan, dan antiparkinson. Kangkung yang bersifat antiracun, juga boleh untuk merawat antiradang, melancarkan pembuangan air kecil dan juga dapat menghentikan pendarahan.

Kangkung juga termasuk sebagai sayuran tinggi serat, sehingga kangkung boleh digunakan untuk mencegah sembelit. Kerana sifatnya yang antiracun, kangkung juga Juga boleh mengatasi keracunan makanan. Daun dan akar kangkung boleh mengurangkan sakit bisul dan ubat untuk rawatan tradisional buasir. Di Thailand, Kangkung digunakan sebagai bahan tradisional untuk rawatan kulit. Air rendaman kangkung juga digunakan untuk merawat kelemumur.
 
Kaya dengan zat besi

Zat besi sangat penting untuk tubuh kita, peranannya dalam membentuk sel darah merah. Pening, sesak nafas dan pandangan menjadi kabur adalah ciri awal anemia kerana kekurangan zat besi.


Mengurangkan haid berlebihan

Jika anda mengalami haid berlebihan, amalkan tips ini.  Caranya : Ambil setengah kilogram daun Kangkung segar. Cuci bersih, lalu tumbuk halus. Tuangkan air setengah gelas, tapis dan tuangkan satu sudu madu. Minum sekali sehari ,dengan izin Allah  haid akan jadi baik dan lancar.


Mencegah penyakit kencing manis

Ekstrak Kangkung sudah diuji di makmal, dan hasilnya ternyata Ekstrak Kangkung berguna sebagai ubat anti diabetes. Hal ini kerana Ekstrak Kangkung akan menghalang penyerapan kadar gula dalam darah. Jadikan hidangan masakan bersumberkan kangkung sebagai makanan harian anda!

Kaya vitamin C

Kangkung juga banyak mengandung vitamin C dan lebih banyak berbanding kebanyakan sumber vitamin C pada buah - buahan. Oleh kerana itu, kangkung baik untuk mencegah gusi berdarah, meningkatkan sistem imunisasi tubuh

Kaya Vitamin B kompleks

Kangkung kaya dengan vitamin B kompleks, sehingga boleh memberi ketenangan kepada minda kita. Kadar vitamin B komplek dan Omega 3 dalam kangkung mampu meningkatkan  pengeluaran Serotin dalam otak kita, sehingga boleh mencipta suasana tenang melalui otak. Oleh kerana itu, kangkung boleh dikatakan mampu menyegarkan kembali otak kita setelah seharian menghadapi kesibukan


Tidur lebih nyenyak dan mencegah insomnia

Kangkung, mempunyai sifat sedatif, sehingga sering dikatakan sebagai penyebab kita berasa mengantuk. Kangkung Juga berpotensi boleh mengendurkan saraf kerana adanya mineral selenium yang terkandung di dalamnya. Pengambilan kangkung dalam makanan membuatkan  saraf jadi kendur. Semakin kendur saraf - saraf kita, maka tidur pun akan semakin nyenyak dan lena. 


Menajamkan penglihatan


Kangkung kaya akan vitamin A, sehingga Kangkung boleh menjaga kestabilan penglihatan mata. Vitamin A yang terdapat pada kangkung sebanyak 6300 IU, sedikit lebih banyak berbanding bayam yang hanya 6100 IU. Hal tersebut dapat dilihat dari warna daunnya, semakin hijau daunnya maka kandungan betakarotin juga semakin tinggi. Itulah sebabnya Kangkung dipercayai boleh menambah menajamkan pengklihatan mata.


Menghilangkan kelemumur

Ambillah seikat daun Kangkung. Rendam daun ini semalaman hingga airnya berwarna kebiruan. Lalu, mencuci rambut dengan air rendaman tadi. Lakukan setiap hari, nescaya kelemumur akan hilang.


Menghilangkan sembelit ibu hamil

Bagi para ibu sedang hamil, biasanya merasa mual dan menderita sembelit. Maka ambillah seikat daun Kangkung. Ditumis biasa dan hidangkan sebagai diet harian . Kandungan serat yang tinggi pada kangkung akan menghilangkan rasa mual dan sembelit pada ibu hamil.

Sunday, 12 January 2014

Langsing Dengan Makanan Berwarna

  


Setiap kali sel-sel otak anda tumbuh, anda bukan sahaja bertambah pintar tetapi juga boleh mempercepatkan metabolisma, ia juga bertujuan untuk mencerdaskan otak serta menguruskan badan seiring dengan pertambahan usia anda

Kunci menurunkan berat badan sekaligus mempertahankannya adalah dengan menggantikan sel- sel otak yang hilang, menyeimbangkan zat kimia otak dan menciptakan kembali otak yang lebih muda dan aktif

Antara makanan berwarna yang boleh menambahkan sel sel otak adalah :

Grapefruit merah (ruby reds)

Buah sitrus dengan isi bewarna merah mengandungi antioksida yang berfungsi mempertahankan kesihatan tubuh ,memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon, serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu pigmen merah dlm buah ini dapat mengurangi risiko kanser, dan memperbaiki fungsi saluran kencing...antara buah lain yang warna merah dan boleh membantu seperti cranberries,raspberries,ceri, kacang merah dan buah delima



Oren

Buah dan sayur berwarna oren kaya dengan karotenoid yang mengandungi komponen anti kanser dan antioksida. makanan jenis ini juga dapat membantu memperbaiki daya penglihatan dan kesihatan jantung



Kuning

Sayur dan buah yang berwarna kuning banyak mengandungi karotenoid dan bioflavonoid yang mempunyai komponen antikanser dan antioksida. ia juga boleh memperbaiki sistem penglihatan dan kesihatan jantung



Hijau

Klorofil yang terkandung dalam tanaman hijau mempunyai komponen antikanser dan komponen yang berfungsi dalam proses detoksifikasi tubuh, buah dan sayuran hijau kaya dengan zat lutein,yang kaya dengan antioksidan. Selain itu sayuran hijau kaya dengan karotenoid, vitamin serta mineral,kalsium yang membantu dalam membangunkan tulang dan gigi yang kuat serta membaiki sistem penglihatan.



Biru

Buah dan sayuran dengan warna ini mengandungi anthocyanin dan fenolat yang berfungsi  sebagai antipenuaan



Ungu gelap

Mengandungi antioksida dan kaya dengan resveratrol yang diyakini mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser seperti buah terung dan buah plum.


Anda Juga Mungkin Meminati