Thursday, 23 January 2014

Sumber Makanan Turunkan Kadar Kolesterol


Kolesterol berperanan menjaga fungsi tubuh, ia bukan hanya membantu tubuh menghasilkan vitamin D, kolesterol baik iaitu HDL dan membantu penyerapan asid lemak essential dan menghasilkan hormon seks.

Tetapi terlalu banyak kolesterol jahat (LDL) menyebabkan penimbunan lemak di salur darah,seterusnya mengakibatkan punca serangan jantung dan angin ahmar..

Bagi yang berdiet, menurunkan kadar kolesterol adalah agenda utama di samping menurunkan berat badan. inilah yang dipanggil DIET SIHAT...

Antara makanan yang membantu menurunkan kadar kolesterol badan


OAT DAN BUBUR GANDUM
Oat mengandungi serat larut yang boleh menurunkan kadar kolesterol (LDL), selain oat, epal, buah pir, barli dan buah prun juga tinggi kandungan serat larut.

WALNUT, BADAM
Menurunkan kadar kolesterol kerana mengandungi asid lemak tidak tepu (polysaturated fatty acid)

OMEGA 3
Menurunkan kolesterol dalam badan, ia juga membantu menurunkan tekanan darah,mencegah kepekatan darah dan melancarkan pembuluh darah

MINYAK ZAITUN
Mengandungi campuran antioksidan yang berpotensi menurunkan kandungan kolesterol tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL)

0 comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati