Saturday, 18 January 2014

Cara Sihat Menambah Berat Badan





Memang ramai selama ini mahu menurunkan berat badan sehingga terlupa ada juga kalangan kita yang berusaha bermacam2 cara untuk menambahkan berat badan

Jika anda ingin menambah berat badan, faktor penting anda perlu titikberatkan ialah pola pemakanan dengan nutrisi yang mencukupi.

Latihan beban, aspek yang perlu menjadi rutin anda disamping pastikan tubuh mendapat nutrisi terbaik untuk membantu pemeliharaan dan perkembangan tubuh

Sebelum memulakan usaha menambahkan berat badan, antara perkara penting yang perlu tahu iaitu:

  • Tubuh terdiri daripada 2 elemen yang berhubungan dengan berat badan iaitu OTOT dan LEMAK. Menambah massa otot merupakan yang terbaik berbanding lemak
 
  • Orang yang susah menambah berat badan , tubuhnya sukar untuk menyimpan lemak
 
  • Menambahkan massa otot merupakan yang terbaik untuk menambahkan berat badan, iaitu melalui latihan beban iaitu melatih otot2 besar seperti otot dada, punggung dan paha


Pilihan makanan menambah berat badan

  • SUMBER PROTEIN-protein haiwan seperti dada ayam, tuna, salmon dan daging segar. Protein tumbuhan seperti kacang hijau,kacang tanah,kacang pis,kacang soya 
 
  • SUMBER KARBOHIDRAT- ia perlu sebagai bahan bakar utama,karbohidrat terbaik didapati dlm roti gandum,beras merah,dan ubi dimana makanan ini mengandungi sumber karbohidrat kompleks untuk tenaga
 

 

  • SUMBER LEMAK- perlu lemak sihat seperti dalam ikan salmon,sardin,makarel dan tunayang kaya dengan omega 3. Lemak pada ikan diperlukan kerana membantu pertumbuhan badan, fungsi otak dan mengurangkan penyakit kardiovaskular. Anda juga digalakkan mengambil buah avokado yang kaya dengan lutein untuk meningkatkan kesihatan mata dan klorofil yang terkandung dalamnya sebagai sumber antioksidan


 

 

 

0 comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati