Saturday, 18 January 2014

Nutrisi Penting Untuk Kulit Sihat





Kulit sihat memerlukan rawatan dari luar (rawatan SPA, losyen) dan dalam, iaitu pengambilan nutrisi dari makanan....Beberapa makanan dan nutrisi yang anda boleh ambil dan amalkan untuk kulit yang cantik, gebu, dan putih...

AIR
Air menjaga akar kulit supaya sentiasa lembab,mengurangi garis2 halus dan kerutan pada kulit,membantu sel menyerap nutrisi dan merembeskan toksik,membantu melancarkan aliran darah dan menjaga kulit agar sentiasa segar dan berseri

SELENIUM
Mineral yang melindungi sel kulit dari radikal bebas,ia juga mencegah kanser. anda boleh mendapatkan selenium daripada udang,daging,ikan kod,tuna,salmon,kerang,dan juga pasta gandum.

COENZYME Q10
CoQ10 ialah antioksidan kuat yang dihasilkan dalam tubuh,ia melindungi kulit dan sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas,ia uga bertindak dalam penghasilan tenaga dan fungsi sistem imun badan. Boleh didapati dari makanan seperti tuna,salmon, hati,dan biirin penuh..

ANTIOKSIDAN
Antioksidan mencegah dan melambatkan kerosakan sel akibat radikal bebas,kerosakan ini menyebabkan tanda penuaan pada kulit seperti kedutan dan kulit kering. Ia boleh didapati dalam buah dan sayuran seperti tomato,aprikot,labu,bayam,cili,kacang soya dan limau

VITAMIN A
Untuk kulit cerah dan halus,buahan dan sayuran kaya dengan vitamin A membantu memelihara kelembapan lapisan kulit bawah.Limau,lobak merah,sayuran hijau,telur,produk susu rendah lemak antara sumber vitamin ini

VITAMIN C
Bertindak melindungi kulit daripada cahaya matahari,memperbaiki kerosakan akibat radikal bebas...ia boleh didapati dalam buah citrus,betik,kiwi dan sayuran hijau

VITAMIN E
Antioksidan yang boleh mencegah kerosakan kulit akibat cahaya matahari...juga bertindak sebagai antiperadangan dan menguatkan sistem imun. Ia boleh didapati dari minyak sayur, kacang, biji bijian, buah zaiton, bayam, asparagus dan sayuran hijau

ASID LEMAK ESSENTIAL
Omega 3 dan omega 6 membantu menghasilkan lapisan minyak pelindung semulajadi kulit serta mencegah jerawat,..ia boleh didapati dari minyak zaiton, minyak canola, salmon, makarel..



TOMATO
Kaya dengan likopen dan menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur


STRAWBERI
Segelas air strawberi mengandungi 130% vitamin C,cukup kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen yang berfungsi membantu kulit stabil dan lembut




 
 SALAD
Setiap 6helai daun salad mengandungi 100% vitamin A yang berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kepada kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.



TELUR
Telur mengandungi Lutein dan zeaxanthan yang berfungsi untuk  mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung,telur juga menjadikan kulit lebih lembut,tegang dan lembap


EPAL
Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin iaitu antioksidan yang berfungsi melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet.


SOYA
Ia kaya dengan Isoflavon dan makanan berasaskan soya membuatkan kulit lebih putih,gebu dan kurang kedutan

0 comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati