Tuesday, 14 January 2014

Anda Lupa @ Hidap Alzheimer?



Anda memasuki bilik untuk mendapatkan sesuatu tapi setelah berada dalamnya anda terlupa apa yang anda mahu ambil..pasti ada yang pernah menghadapi situasi begini....Namun ada juga yang berasa bimbang mengalaminya kerana menyangka ia adalah petanda penyakit ALZHEIMER

Dalam beberapa kes, episod lupa menggambarkan samaada hilang ingatan berkaitan dengan usia,kekurangan tidur ataupun tertekan

Selalunya seseorang yang mempunyai tanda2 penyakit lupa ini dirawat dengan ubat antidementia yang memperlahankan perkembangan penyakit ini

Kehilangan memori pada usia 60@70 tahun adalah normal,namun....masalah kehilangan memori ringan mampu berkembang kepada penyakit Alzheimer ini


BEZA ANTARA LUPA NORMAL DAN LUPA ALZHEIMER

Lupa Normal
  • lupa terhadap beberapa bahagian pengalaman
  • lupa tempat meletakkan kereta
  • lupa peristiwa lalu
  • lupa nama seseorang tetapi dapat ingat kemudiannya
  • lupa dengan sesuatu objek seperti kunci kereta
Lupa Penyakit Alzheimer
  • Lupa dengan seluruh pengalaman yang terjadi
  • lupa cara memandu kereta ataupun melihat waktu
  • Lupa dengan perkara yang baru sahaja berlaku
  • Lupa dengan seseorang padahal anda mengenalinya


7 TANDA UMUM ALZHEIMER
  1. Lupa dengan nombor telefon dan informasi nama dan tidak mampu mengingatinya
  2. Kesulitan melaksanakan tugas yang sebelumnya merupakan rutin hariannnya
  3. Mengalami masalah dengan bahasa,lupa dengan kata2 sederhana @ mengucapkan kata2 yang tidak biasa diucap
  4. Keliru dengan tempat dan masa
  5. Penurunan penilaian sepertitak mampu bezakan cuaca dan memberi wang kepada sesiapa sahaja
  6. Lupa menempatkan dan bagaimana menyimpan kembali sesuatu barang
  7. Perubahan mood dan perilaku seperti marah tiba2 tanpa alasan yang jelas

KAEDAH TAJAMKAN INGATAN

  • Rancang setiap tugasan dengan menggunakan alat bantuan ingatan seperti membuat catatan
  • Bentuk minat dlm aktiviti yang membantu minda dan tubuh
  • Libatkan diri dlm aktiviti fizikal dan senaman
  • Elakkan minuman beralkohol
  • Cari aktiviti yang dapat menghilangka tekanan,kemurungan

0 comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati