Setiap kali sel-sel otak anda tumbuh, anda bukan sahaja bertambah pintar tetapi juga boleh mempercepatkan metabolisma, ia juga bertujuan untuk mencerdaskan otak serta menguruskan badan seiring dengan pertambahan usia anda
Kunci menurunkan berat badan sekaligus mempertahankannya adalah dengan menggantikan sel- sel otak yang hilang, menyeimbangkan zat kimia otak dan menciptakan kembali otak yang lebih muda dan aktif
Antara makanan berwarna yang boleh menambahkan sel sel otak adalah :
Grapefruit merah (ruby reds)
Buah sitrus dengan isi bewarna merah mengandungi antioksida yang berfungsi mempertahankan kesihatan tubuh ,memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon, serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu pigmen merah dlm buah ini dapat mengurangi risiko kanser, dan memperbaiki fungsi saluran kencing...antara buah lain yang warna merah dan boleh membantu seperti cranberries,raspberries,ceri, kacang merah dan buah delima
Oren
Buah dan sayur berwarna oren kaya dengan karotenoid yang mengandungi komponen anti kanser dan antioksida. makanan jenis ini juga dapat membantu memperbaiki daya penglihatan dan kesihatan jantung
Kuning
Sayur dan buah yang berwarna kuning banyak mengandungi karotenoid dan bioflavonoid yang mempunyai komponen antikanser dan antioksida. ia juga boleh memperbaiki sistem penglihatan dan kesihatan jantung
Hijau
Klorofil yang terkandung dalam tanaman hijau mempunyai komponen antikanser dan komponen yang berfungsi dalam proses detoksifikasi tubuh, buah dan sayuran hijau kaya dengan zat lutein,yang kaya dengan antioksidan. Selain itu sayuran hijau kaya dengan karotenoid, vitamin serta mineral,kalsium yang membantu dalam membangunkan tulang dan gigi yang kuat serta membaiki sistem penglihatan.
Biru
Buah dan sayuran dengan warna ini mengandungi anthocyanin dan fenolat yang berfungsi sebagai antipenuaan
Ungu gelap
Mengandungi antioksida dan kaya dengan resveratrol yang diyakini mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser seperti buah terung dan buah plum.
0 comments:
Post a Comment