Ada pendapat mengatakan minum air sebelum makan dapat membantu dalam proses penurunan berat badan dan ada juga mengatakan minum 2 gelas air sebelum makan 3 kali sehari boleh menghilangkan lemak di tubuh sehingga 2.3 kg! wow...memang menarik!!!....namun tiada bukti ilmiah yang dapat menyokongnya...
Oleh itu, sekumpulan pakar di USA mengadakan ujian untuk menguji kebenaran teori tersebut terhadap 48 org dewasa berusia antara 55 tahun hingga 75 tahun yang dibahagikan di dalam 2 kumpulan
Kumpulan pertama diberi diet rendah kalori, tetapi tidak minum air sebelum makan. kumpulan kedua juga diberi diet rendah kalori namun diberi minum 2 gelas air sebelum makan
Selepas 12minggu, kumpulan kedua mengalami penurunan berat badan sehingga 7kg sedangkan kumpulan pertama hanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg...
Kunci utama dalam kajian ini adalah bahawa air merupakan satu cara efektif dalam penurunan berat badan kerana air mudah didapati,serta dapat mengisi perut dan tidak mengandungi kalori
Tidak ramai yang gemar minum air putih walaupun sedar tentang kebaikannya terhadap kesihatan tubuh badan, tanpa warna mahupun rasa membuatkan kita mudah bosan untuk meminumnya...Sebenarnya air putih meringankan tugas ginjal dan hati untuk memproses dan membuang toksin yang terdapat di dalam darah. Ia juga membantu untuk membasmi kuman yang mendatangkan penyakit, selain membantu menghindarjan anda dari keinginan untuk makan makanan manis. Kalau xpercaya,cubalah! Bila anda terasa ingin menikmati makanan yang manis,cuba anda minum segelas air suam,pasti keinginan tadi akan hilang!
0 comments:
Post a Comment