KEGEMUKAN ialah keadaan di mana berat badan seseorang melebihi kadar normal yang menyebabkan bentuk badan, perawakan dan fungsi fisiologi badan turut berubah. Berat badan seseorang biasanya diukur mengikut umur, jantina dan ketinggian. Berat badan yang melebihi kadar normal dianggap tidak baik kepada kesihatan seseorang kerana ia mempunyai risiko terdedah kepada punca beberapa penyakit yang kronik dan merbahaya.
Bagi kanak kanak, berat badan berlebihan menyebabkan kesukaran bernafas, mengurangkan keaktifan, di samping kesan psikologi dalam pergaulannya. Orang dewasa yang berlebihan berat badan akan terdedah kepada risiko mendapatkan pelbagai jenis penyakit. Punca kegemukan antara lain adalah di sebabkan faktor keturunan, berlebihan mengambil makanan berzat dan penyakit2 yang mengganggu metabolisma dan terapi hormon.
RISIKO PENYAKIT
Kencing Manis
Kebanyakan orang gemuk mudah mendapat diabetes. Berlebihan mengambil karbohidrat dan makanan manis menyebabkan pankreas tidak mampu mengeluarkan insulin untuk membakat gula menjadi tenaga. Ini menyebabkan kadar gula berlebihan dalam darah dan menyebabkan gangguan kepada metabolisma organ2 lain seperti hati, buah pinggang, jantung dan sistem saraf serta salur darah. Kandungan gula dalam salur darah yang halus menyebabkan terjadinya pendarahan, ini mengganggu edaran darah dan saraf di sekitarnya menjadi rosak. Akibatnya pesakit akan merasa kebas jari, mata jadi kabur, tisu buah pinggang rosak,..gula juga menjadikan luka lambat sembuh, kemudian menjadi ulser dan seterusnya menjadi sel mati
Darah Tinggi
Kandungan lemak dalam darah yang berlebihan dalam darah menjadikan salur darah menyempit dan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Tekanan darah tinggi boleh mendedahkan seseorang kepada risiko mendapatkan strok yang boleh membawa kepada lumpuh. Tekanan darah tinggi juga menyebabkan kerosakan pada salur darah pada buah pinggang yang akhirnya merosakkan tisu buah pinggang.
Lemah Jantung
Kandungan lemak berlebihan dalam darah menyebabkan salur darah menjadi sempit, secara normal apabila umur semakin meningkat kadar lemak yang terhimpun menjadi semakin bertambah...kadar kolesterol yang berlebihan pula menyebabkan darah menjadi pekat di mana salur darah yang sempit akan tersumbat. salur darah ke jantung yang tersumbat menyebabkan darah tidak boleh sampai ke tisu2 jantung, maka terjadilah necrosis (sel jantung mati)...jadilah serangan sakit jantung..
Sesak Nafas
Kegemukan menyebabkan lemak berkumpul dalam perut. akibatnya perut akan tertolah ke atas dan mengganggu sistem pernafasan. pesakit tidak dapat menarik nafas dengan sempurna dan oksigen tidak dapat masuk dengan cukup. kegemukan juga menyebabkan saluran pernafasan menjadi tertekan di mana bronchus tidak dapat bergerak dengan baik. kesannya oksigen dan perjalanan darah tidak cukup untuk sampai ke paru paru
Sakit Sendi
Apabila berat badan tidak terdaya ditampung oleh kaki menyebabkan perjalanan darah dari kaki ke jantung menjadi kurang, ini membentuk urat timbul di bahagian kaki. Perjalanan darah di kaki tidak lancar mengakibatkan rasa lenguh, sengal...
Gangguan Hormon
Gangguan pada pengeluaran hormon Anterior Putuitary di otak yang tidak teratur menyebabkan kadar estrogen tinggi,menjadikan garam, air dan lemak berkumpul di badan. Keadaan ini boleh terjadi dalam masa 2-3 bulan dan mengakibatkan pesakit semakin gemuk.Ia akan mengganggu fungsi otak yang mengawal kadar hormon wanita...
RAWATAN
Untuk mengurangkan berat badan, biasanya doktor akan membuat pemeriksaan teliti untuk mengetahui punca kegemukan. Rawatan untuk penyakit akan diberikan di samping menasihatkan pesakit tentang menjaga pemakanan.. Ada juga ubat untuk mengawal selera makan dan juga minuman untuk mengurangkan berat badan dan juga aktiviti bersenam!
Jom sama sama kita berusaha mendapatkan berat badan yang ideal dan cegah penyakit zaman moden!! Saya pilih Shaklee,anda macam mana?Antara set TERLAJAK LARIS Shaklee
Jom sama sama kita berusaha mendapatkan berat badan yang ideal dan cegah penyakit zaman moden!! Saya pilih Shaklee,anda macam mana?Antara set TERLAJAK LARIS Shaklee
Berminat???Ingin mendapatkan TIPS EKSKLUSIF dari saya sila sms ke 010-5730720
Berusaha, Berdoa dan Tawakkal...In Sya Allah
0 comments:
Post a Comment